Sunday, 29 January 2012

~ANDAINYA LELAKI TAHU~



Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, 
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 


Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan 
untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 
Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya 
tapi percayalah, itulah maknanya 
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan bercakap banyak, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda. 
Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang.. 
tetapi dia terlalu sayangkan anda 
dan masih menganggap anda anak kecil 
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. 
Naluri keibuannya sangat kuat. 
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan merajuk, 
jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit 
atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian 
yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai 
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata 
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. 
Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, 
dia benar-benar maksudkannya. 
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya 
kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 
Selagi dia dengan kamu, percayalah, 
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya 
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil 
tapi dia mahu melihat 
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 
Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata, 
“Tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula. 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. 
Dia terlalu emosional. 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda 
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

Andai lelaki tahu.. 
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 
dengan perbezaan yang tersendiri. 
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, 
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. 
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, 
tersimpan seribu satu kekuatan 
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah 
tapi dia punya kekuatan tersendiri 
yang bisa menggoncang dunia 
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda 
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu 
yang terbaik untuk anak2 anda. 

Tuesday, 24 January 2012

|ALLAH AMBIL DIA UTK UJI KITA|




Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang, 
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
Dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kita mahu lakukan..


Sunday, 22 January 2012

HONEY LIEYANA

Firstly, maaf sbb aq lmbt update ni ..ok..skrg ni ..aq wt post ni ..khas utk ag ..=)
                                           hee ..gambaq 2 kecik ja kn ?tp,xpa la ..2 xpnting :)

Sbnrnya aq xtw nk kta apa sgt ..tp,,sbg ustazah personal ag kn ..hee ..aq rsa aq brtanggungjwb utk menyelesaikn msalah ag ..aceceee ..=p..klw nk kta aq 'doktor cinta' ..haha ..x jugak ..sbb aq pown x arif sgt bab2 ni ..tp.sikit2 2 adA la ..=) cm mna pown ..kita kn kwn ..kita mesti saling tolong menolong kn ..kita kna ada time susah & senang ..kita x bley jd mcm ni ..KWN KETAWA SENANG DICARI,KWN MENANGIS SUKAR DIDAPATI .. KITA BUKAN MCM 2 KN ?=) ag selalu tolong aq bla aq da mslh ,,jd..aq pown kna jgk ada dgn ag bla ag ada mslh ..=)wlwpown sbnrnya kdg2 aq xrep mcg ag ..aq hrp ag fhm..num aq hilang ..kt langkawi ..hee ..jd,,bla mcg guna num mk aq susahla sikit ..tp..xpa .klw bley rep aq rep la ..=)


**ada apa dgn cinta ? sbnrnya mcm2 ada dlm cinta ..pahit,manis,masin,tawar,kelat ..mcm2 kita lalui slama kta ada dlm alam yg nmanya percintaan ini ..trpulg pd kita smada kta nk wt cinta 2 mcm mna..tp ..slagi nmanya cinta..kta mmg xkn terlepas drp rsa kecewa ..klw kita brcinta ..sudah semestinya kita nk cinta kita dgn org 2 kekal smpy ke syurga kan ?2 prinsip aq ..hee ..aq xnk smpy mati or smpy akhir hyt ja ..klw aq ..mstila kt syurga nnti ..kta nk brsama insan yg kita cinta 2 ada brsma2 kita ..kn?jd ..kta kena la selalu doa ..semoga dia mencintai kita spt mna kita mncintai dy ..& yg plg pnting ..kta kena doa ..semoga Allah,ibu bpa kita & ibu bpa dia restu cinta 2 ..mmg la rezeki,jodoh,ajal ..semuanya di tgn DIA..qada & qadar yg telah ditetapkn & xkn brubah..tp ..kita bley jugak mnx drp Allah supaya rezeki kita btrmbah,Allah panjangkan umur kita,&jodohkn kita dgn org yg kita cintai ..hebatkan ? melalui doa kta bley mnx Allah ubah qada & qadarNya.. 


Tp ..kta kena la truskn doa ..kta xbley putus asa ..mcm 2 jgk kn yg ag selalu pesan utk aq masa aq ada mslh dulu kn ?=) ..kita doa semoga Allah melembutkan hati dy ,smoga Allah membuka pintu hati dy untuk mencintai kita,merindui kita,menyayangi kita,spt mna kita mncintai,merindui & menyayangi dy ..& paling penting kita mnx ..semoga Allah hadirkan dlm hati kita dan dy ..*CINTA HAKIKI & CINTA ABADI* ..bkn cinta nafsu ..=) hm ..insyaAllah ..selagi kita mnx drp DIA ..pasti DIA akn bg ..tp ..klau DIA x makbulkan doa itu ..kita msti yakin ..DIA telah tetapkn yg terbaik utk kita..=)




***********aku nk rehat sat norh ..heeee*************






Friday, 20 January 2012

~cinta~

…CINTA…

Jika ia sebuah CINTA,
dia tak hanya MENDENGAR,

melainkan senantiasa BERGETAR.

jika ia sebuah CINTA,
dia tak mungkin BUTA,

melainkan senantiasa MELIHAT dan MERASAKAN apa yang kita rasakan
jika ia sebuah CINTA,
dia tak akan membuat kita SEDIH,

melainkan senantiasa akan membuat kita BAHAGIA.
jika ia sebuah CINTA,
dia tak hanya BERUCAP,

melainkan senantiasa TULUS dari Dalam HATI.
jika ia sebuah CINTA,
dia hadir bukan karena PERMINTAAN,

melainkan HADIR karena KETENTUAN dan KATA HATI-lah yang MENGANTARKANNYA.
jika ia sebuah CINTA,
dia hadir juga bukan karena PAKSAAN,

melainkan senantiasa HADIR karena PENGORBANAN dan KESETIAAN

(^.^) aku telah memaafkanmu (^.^)


 baca ni tau ..=) hrp2 kita semua dpt belajar memaafkan org2 yg kta syg dgn ikhlas ..insyaAllah ..


Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.
Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul.


Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini, walaupun bilangannya mungkin tidak begitu ramai? Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu ialah orang-orang yang begitu hampir dengan kita?
Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN. Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan.
Adakah kita merasakan kebencian kita itu menguntungkan kita atau akan merugikan mereka? Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan dan kedamaian dari hati nurani kita? Bahkan setiapkali kebencian mula bertahkta dan menguasai hati maka hati kita itu akan makin keras, gersang, kasar dan merosak air muka kita. Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur kita tidak lagi merehatkan jiwa kita untuk mendepani hari baru. Jadi, nyatakan pada saya, apa untungnya kebencian dan kemarahan kita itu kalau bukan menambahkan penderitaan keatas penderitaan yang sudah sedia ada?
Jadi, MAAFKAN MEREKA kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak berkurang. Apa yang kita harapkan dari kehidupan begini?
MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan dan setiapkali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.
MAAFKAN MEREKA, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukirkan kesenyuman dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk hormat dan malu kepada kita.
Pernah satu ketika, jiwa saya begitu menderita ketika menghadapi salah seorang dari orang atasan saya. Dia merasakan dirinya yang paling benar. Dia bukan sekadar menolak pandangan orang lain bahkan tidak memberikan ruang untuk pandangan itu dikemukakan. Sedangkan apa yang dilakukannya terlalu salah, buah fikirannya sudah ketinggalan zaman dan cara pengurusan kerjanya sudah terlalu usang dan antik walaupun dari satu sudut saya yakin dia begitu ikhlas dalam kerjanya. Tidak sesiapa yang selesa mengemukakan pandangan kepadanya apatah lagi menegur kesalahannya walaupun kesalahannya terang lagi bersuluh. Bahkan tingkahlakunya sering menjadi buah mulut rakan sekerja.
Jiwa saya begitu menderita. Setiapkali ingin menyuapkan makanan kemulut lalu terpandang wajahnya selera makan saya hilang serta merta. Setiapkali saya pejamkan mata untuk tidur, wajahnya sering muncul dan bermain dalam fikiran saya. Ketika berehat seringkali minda saya mengangankan saat-saat saya berhujah dengannya dan dia menyikapi dengan sikap dingin dan keras kepala hinggakan angan-angan itu menjadikan jiwa saya dililit kegelisahan dan kemarahan. Ya, berbulan-bulan saya hilang kenikmatan jiwa ketika menginjakkan kaki di tempat kerja.
Jiwa saya terus menderita hinggalah saya menemui penawarnya yang begitu mujarab iaitu KEMAAFAN. Saya katakan pada diri saya, kenapa saya harus membencinya. Dia telah lakukan yang terbaik dengan apa yang dia faham, walaupun mungkin caranya salah tetapi itu yang dia faham dan tentang keikhlasannya, Allah yang lebih mengetahui. Kenapa saya harus membencinya sedangkan kebencian saya tidak akan menjadikan dirinya betul atau membetulkan keadaan yang salah. Kenapa saya harus membencinya sedangkan setiap manusia memikul beban dosa yang begitu banyak dan saya sendiripun tidak terlepas daripadanya. Bahkan apabila tua nanti mungkin saya akan akan lebih teruk daripadanya dan orang lain akan lebih membenci saya.
Lalu saya pejamkan mata saya, saya suarakan hati saya pada Allah yang Maha Mengetahui; Saksikanlah ya Allah, aku maafkannya dan aku juga mengharapkan keampunanMu. Saksikanlah ya Allah, aku kasihkannya kerana aku tahu dia ikhlas beramal untuk keredhaanMu. Walaupun dia punya banyak kelemahan tetapi didalam ilmu Mu ya Allah, dosa-dosa ku lebih banyak, walaupun aku rasakan aku lebih baik daripadanya belum tentu ketika aku sampai keusia sepertinya aku akan terus istiqomah diatas jalanMu yang benar ini ya Allah. Semoga Engkau menerima amalnya dan amalku ya Allah.
Disaat itu saya terasakan seolah satu hijab gelap yang menutupi hati saya terangkat dan limpahan cahaya kehidupan kembali menerangi hati saya. Tidak ada lagi kebencian dan keresahan. Kemudiannya saya mencari kesempatan untuk bermaafan dengannya. Semenjak itu hati saya kembali menemui nikmat ketika ditempat kerja. Setiapkali bertembung wajah, senyuman begitu mudah terukir pada wajah saya bahkan kami mampu duduk berbual dan bercerita.
Saya tidak maksudkan kita tidak perlu membetulkan yang salah. Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik. Maknanya, setiap tindakan kita perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran diatas usaha dan kesabaran kita.
Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka
Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara
Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi

-AKU DARI RUSUKMU SUAMIKU-




Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.


(cinta yg diredhai)





Bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan “cinta suci remaja” memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci….
Ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannyadengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.
Dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:
“Tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”
Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?
Dalam surah Al-Isra:ayat 32
“Janganlah kalian mendekati zina”
Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina? Bingung juga.
Sabda nabi,
“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan”
Sahabatku, kau seorang remaja muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,mampukah sahabat tidak berdalih lagi?
Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.
Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8 ) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu…….
Boleh jika kamu tidak mahu, janganlah bersedih..syurga ALLAH kan lebih indah, alangkah baiknya ALLAH. Sanggupkah kita menkhianatinNYA? Bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah dia lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai?
Rasulullah bersabda:
“Tdak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”
Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti? kekasih kah?? Tentu tidak. Oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri di dunia dan akhirat nanti, insyaALLAH.
Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah……demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman, insyaALLAH.

Thursday, 19 January 2012


“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta…”
Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang. Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang memang lahir dari sanubari setiap yang bergelar manusia. Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta dalam erti kata yang sebenar.


**Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudku adalah cinta yang Allah redha. Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka. kerana cinta itu sendiri satu istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang. masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.
Tidak inginkah membawa Si Dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan
Mari kita bertadabbur sebentar di dalam surah al-waqiah,
“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.” (Surah Al-Waqiah ayat 11-26)
Bila membaca ayat surah waqiah itu, indahnya syurga, tidak dapat dibayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga, jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha.
Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.
Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.
Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.
Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.
“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Kepada lelaki yang ingin menikah ada syaratnya,kerana kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar, iaitu yang pertama adalah, tingkatkan kefahaman dalam ilmu , perdekatkan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.
Kepada yang perempuan, bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta, buat persediaan, dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah juga yang paling utama harus digapai setiap diantara kita.
Konklusi : Pernikahan adalah permulaan cinta
Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber’couple’ dan mengganggap pernikahan sebagai jalan akhir. Ternyata sekali pandangan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang. Carilah cinta yang sebenar!