Thursday, 19 January 2012

aku nk kongsi sikit cerita ni .. SAHABATKU NUR AZLIYANA ..TERIMA KASIH KERANA ADA BERSAMA AKU SAAT AKU MEMERLUKAN TEMAN ..=) JOM BACA !!



Anda putus kasih? Jangan bersedih.
Percayalah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita. Pada permulaanya memang menyakitkan. Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang. Jangan terlalu mengikut perasaan.
Memang sakit dan pedih. Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, saya terpandang surah Yassiin diatas meja solek. Hati saya tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri. Harapan saya setelah membaca surah Yasiin hati saya akan jadi tenang.
Dan memang terbukti. Hati saya mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya. Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, saya akan membaca surah Yasiin. Kalau dulu, saya akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang saya merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin. Hati saya sangat tenang dan damai.
Setelah agak tenang, saya mula menghubungi kawan baik saya. Meraka menasihati saya supaya perbanyakkan solat istikarah, dan saya cuba melakukannya. Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan saya menjadi sangat kuat. Saya rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru pada saya.
Saya tidak lagi menharapkan ‘dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya. Saya bersyukur sangat2. Sekarang ini saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan arah tuju hidup saya.
Saya belajar dari kesilapan, dan saya berharap anda pun begitu juga. Bukankah Islam telah membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita. Apabila terfikir begitu saya mula insaf. Saya telah melanggar batas-batas tersebut. Saya tidak sepatutnya terlibat.
 Saya mula muhasabah diri dan terfikir kepada dugaan ini berlaku kepada saya. Dan akhirnya saya faham, bahawa saya telah lalai semasa bercinta. Memang kita masih bersolat tapi masa kita lebih banyak bersms dan berchatting.
 Walaupun tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT (alhamdulillah), namun saya masih lagi merasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana telah membiarkan diri saya terpengaruh dengan perasaan sendiri.
Setelah mendekatkan diri kepada Ilahi, saya mula mendapat cinta baru yang lebih suci dan agung iaitu cinta Ilahi. Saya tidak lagi mengharapkan cinta dari seorang lelaki yang belum tentu jodoh kita. Seperti kisah yang pernah saya share sebelum ini iaitu kisah Fatimah Az-Zahrah dan Ali RA, mereka percaya dan yakin dengan jodoh yang Allah SWT tentukan, kita juga perlu begitu. Dan saya juga sedang berusaha kearah itu, berserah dan redha atas ketentuan Allah SWT.
Percayalah kawan-kawan, dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung. Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.
Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah SWT ingin saya dekat dan kembali kepadaNya. Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu, selalu sangat skip. Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda.
Jangan bersedih lagi, percayalah Allah SWT bersama-sama kita. Jangan menangis kerana seorang lelaki, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan :)
 Semoga bermanfaat.
 Bantu hamba hilangkan kesedihan ini Ya Rabb.
.
Artikel ini adalah sumbangan owner facebook Page Aku mencintai dirimu kerana AllahTerima kasih saudari Jue :)


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/jangan-bersedih-jika-putus-kasih/#ixzz1jv5U1VoE

No comments:

Post a Comment