Saturday, 25 February 2012

=)

❤ Jika putih itu indah.. kenapa harus ada hitam?
❤ Jika melati itu suci.. kenapa harus ada mawar berduri?
❤ Jika kita punya kaki untuk melangkah.. kenapa kita menginginkan sayap untuk terbang?
❤ jika kita punya mata untuk menatap masa depan.. kenapa kita pejamkan untuk berkhayal?

♥ Hidup ini indah bila kita faham erti hidup yang sebenar..
♥ Hidup ini indah jika kita saling menghargai..
♥ hidup ini akan lebih indah jika tak ada sedikitpun rasa benci..
•► Kerana kita hidup untuk saling melengkapi ...【ツ】

Friday, 17 February 2012

DOSA SEMALAM


Assalamualaikum.



Aku hanya mahu dikenali sebagai Rahadatul ‘Aisy.Cinta. Aku juga seperti gadis yang lain. Penuh dengan perasaan ingin mencintai dan dicintai. Aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang, baik hati dan sempurna di mataku..
Dan kerana cinta, aku leka. Setelah bercinta, aku lupa akan kewajipan terhadapNya. Semakin malas aku untuk bersolat, semakin malas aku untuk membaca Al-Quran. Aku makin terhanyut kerana cinta. Masa yang ada dipenuhkan dengan bersama si dia. Di mulutku, hanya menyebut namanya. Di hatiku, hanya ada dia. Masa bersama keluarga dan kawan-kawan semakin tiada. Begitulah kuasa cinta.
Takdir. Satu hari kami ditakdirkan putus. Katanya, perasaan cinta sudah hilang dalam dirinya. Katanya, aku tidak pandai menjaga hatinya. Katanya lagi, aku sudah tidak ada dalam hatinya.
Sungguh, menerima perkhabaran tersebut, aku pasrah. Aku rebah. Kenapa perlu ditinggalkan di saat hati masih sayang?  Aku terkedu, terpaku. Aku cuba memujuknya, tapi gagal. Dia tetap nekad dengan keputusannya. 
Ya Allah. Aku pasrah. Aku redha. Di saat aku rebah, ibu menasihatiku agar bangun, bertaubat, kembali padaNya. Hanya itu yang mampu menenangkan jiwa aku. Aku bangun, aku berwudhuk. Aku mulakan solat. Solat yang sudah berapa lama aku tinggalkan. 
 Selesai solat, aku berdoa. Aku menangis. Ya Allah, apakah ujian yang Kau berikan ini? Aku tak sanggup nak laluinya lagi. YA allah, aku malu. Sesungguhnya aku teramat malu untuk menghadapMu. Waktu aku leka menikmati cinta , aku leka akan perintahMu. Aku abaikan suruhanMu. Aku lebih mementingkan dia. Dan kini, Kau tarik balik segala nikmat yang Kau beri hanya seketika, tanpa aku sedar, tanpa aku sangka, hampir meragut jantungku.. 
 Ya Allah, aku redha dengan ketentuan yang diberikan. Aku menangis. Lagi dan lagi. Malunya aku. Allah juga yang aku cari. Kenapa dulu aku sanggup tinggalkan Allah kerana cinta? Ya Allah.. 
 Di saat aku mula membaca al-quran kembali, menitis air mataku. Aku masih mampu membacanya. Sedangkan sudah sekian lama aku tinggalkan semua tu. Ya Allah, terima kasih kerana Kau tidak menutup pintu hatiku untuk bertaubat. Aku bersyukur sangat.  
Orang sekeliling memandang hina kepadaku. Mencaciku. Tapi aku bersyukur, ramai lagi yang menasihatiku, ramai lagi yang sentiasa bersamaku. Keluarga dan kawan-kawan tidak putus-putus memberi semangat, nasihat dan sokongan. Kata mereka, ini bukan pengakhiran hidup kita. Kata mereka, dia yang telah menyakiti hatiku takkan dapat lari dari diduga oleh Allah. Anggaplah ini sebagai dugaan yang telah membuka pintu hatiku untuk bertaubat. 
 Dan apa yang aku tahu… dia sedang berbahagia dengan cinta hatinya yang baru..
 Syukur. Alhamdulillah. Terima kasih kerana memberi peluang untuk aku mencurahkan perasaan ini kepadaMu. Semoga taubatku diterima olehMu Ya Allah.
Ingatlah kawan-kawan, cinta yang tidak halal tidak akan pernah bahagia walaupun sekuat mana kita pertahankan, selama mana kita bersama. Yang bahagia, cinta selepas kahwin. Cinta yang halal. Cinta yang penuh keberkatan. Aku sudah merasai betapa pahitnya perpisahan.
Tapi aku yakin, Allah telah mempersiapkan yang lebih baik untukku. Aku hanya mampu berserah. Dosa semalam telah mengingatkan aku bahawasanya tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Allah.. Aku pasrah…


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/dosa-semalam/#ixzz1mek95A2X

Alhamdulillah ..aku dah temui jawapannya.



Kalau ikutkan kisah cinta aku ini, hanyalah secebis kesakitan pada orang lain. Jika hendak dibandingkan dengan kisah percintaan orang lain. Ada orang lain yang lebih teruk dipermainkan, lebih teruk diperbodohkan, lebih teruk merasai kepahitan itu.
Tapi sungguh, sejauh mana aku berada, kesakitan itu tak pernah hilang. Masih terkilan rasa hati apabila mengingati peristiwa itu. Ditinggalkan ketika hati masih sayang..
Ada orang bertanya kepada aku. ‘aku tengok kau ni kejap je sedih, biasa je, kalau aku, meroyan kot, bercinta dah lama, lepas tu kena tinggal. Ke kau memang tak sayang dia?’
Pertanyaan lagi ‘ aku pelik kau boleh jadi tabah, dalam masa yang singkat. Serius singkat. Orang lain sedih berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun, kau pulak seminggu je dah okay. Ada udang di sebalik mee ke?’
Siapa cakap aku tak sedih? Siapa cakap aku tak rebah? Tiada sesiapa tahu betapa teruknya keadaan aku pada masa itu kecuali Allah dan mama.
 Dan dari mana datangnya ketabahan dalam masa seminggu? Semua orang bertanyakan soalan yang sama.
Jawapan aku mudah. Bertaubat. Kembali padaNya.
Itu yang aku lakukan. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa. Aku menangis mengingati dosa-dosa silamku. Aku serahkan sepenuhnya jiwa ragaku pada Maha Pencipta.
Kuasa Allah hebat. Manusia yang tidak tahu dan kurang tahu. Aku kembali mendapat ketenangan pada hari ketiga selepas peristiwa itu. Tidur malam ku kembali tenang. Fikiran ku tidak lagi melayang-layang. Sakit hati aku hilang sedikit demi sedikit.
Jangan lupa amalkan ini. Amalan yang boleh membuatkan sesiapa  menjadi tabah walau dalam masa yang singkat.
1)      Memaafkan seseorang.
Maaf. Perkataan yang paling sukar diungkapkan oleh sang mantan kepadaku. Semua kesalahan diletakkan di bahuku. Aku redha. Aku telah memaafkan dia. Bagi aku, tak ada sebab aku tidak mahu memaafkannya. Walaupun dia campak aku seolah-olah aku lebih busuk dari sampah, aku percaya hukum Allah. Biarlah orang kata aku ni hodoh, buruk asalkan aku nampak indah di mata Maha Pencipta. Maafkanlah orang yang menyakiti hati dan perasaanmu dan kau akan rasa ketenangan itu.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
2)      Bermuhasabah diri
Walaupun kita sendiri tahu sebenarnya memang bukan 100% salah kita, tak apa. Biarkan apa kata orang. Biarkan orang sekeliling menuding jari kepada kita. Ingatlah, tidak mati dek keji. Mari kita bersama-sama bermuhasabah diri. Fikir kembali apa sikap buruk kita. Kita perbaiki diri kita sendiri. Kita buang sedikit demi sedikit sikap buruk kita. Ingatlah, walaupun bukan untuk mendapatkan sang mantan kembali, sekurang-kurangnya persiapkan yang terbaik untuk suami kita nanti. Insyallah..
3)      Berprasangka baik
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Bila kita ditinggalkan, kita pastinya ada sedikit syak wasangka terhadap sang mantan. Mesti ada. Walaupun sedikit. Beginilah, jika benar apa kata orang, jika benar apa yang kita prasangka sebelum ni sebenarnya kenyataan, lupakan. Cuba berprasangka baik.
Tanamkan dalam hati sendiri ‘ ada hikmah di sebalik semua ini’. Jangan sesekali menyerang atau mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan orang sekeliling. Buruk padahnya. Ingat, Allah Maha Mengetahui yang disembunyikan dan yang tersirat. Jangan risau.
4)      Berserah segalanya pada yang Maha Esa.
Jangan terburu-buru mengejar cinta. Berhenti seketika. Toleh ke belakang, mungkin ada yang sedang mengejar anda, siapa tahu?
Kadang-kadang orang yang kita sayang, 9 atau 10 tahun pun, kalau sememangnya bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita pertahankan, sedaya mana pun kita usaha, kita hanya merancang. Allah yang menentukan. Percaya pada ketentuan Allah. Percaya pada hukum Allah. Insyallah, Allah tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya. Anggap la ini ujian dari Allah.
Ia benar. Aku telah mengamalkan semua ini dan masih mengamalkan. Alhamdulillah, aku tak pernah rasa tenang sebegini. Jika anda betul-betul bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati, anda pasti takot dan akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa silam dan maksiat yang pernah anda lakukan.
Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita. Semuanya kuasa Allah. Percayalah..


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/dari-mana-datangnya-ketabahan-itu/#ixzz1meh3UZJ5

Untukmu Kekasihku ..


Assalamualaikum..
 Kehadapan sang mantan yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah
Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.

Sang Mantan,
Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, apa perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.

Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai ? Pernah tak?
Pernah tak kita berasa malu, ketika kau memegang pinggang dan bahu ku ketika bersiar-siar di shopping complex? Pernah tak kita berasa malu memasuki pusat karaoke berdua? Pernah tak?
Semua tu terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku. Pada mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha. Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?

Sang Mantan,
Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan terhadap kaum Adam, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
           “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya  adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
 Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”

Sang Mantan,
Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya Allah..
Kau masih tidak sedar akan semuanya itu. Kau sedang leka bersama cinta hatimu. Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa.

Cinta tidak buta seperti yang diperkatakan orang lain. Cinta yang menyebabkan kita buta. Kita yang buta selepas tenggelam di dasar lautan cinta yang paling dalam. Kita. Bukan salah mereka.
Oleh itu sang Mantan..
Bertaubatlah. Kembali pada Allah. Masih belum terlambat sebenarnya. Sedarlah akan dosa-dosa silammu sementara jantungmu masih berdegup, sementara nafasmu belum terhenti. Kembalilah bersama Allah. Jangan sesekali leka sekali lagi dengan dunia cinta. Jika kamu terlalu menyayangi cinta barumu itu, bimbinglah dia bersama-sama untuk kembali menjalankan perintah Allah. Lamarlah dia sebagai isterimu. Jangan berikan harapan palsu sebagaimana kau pernah berikan padaku dulu. Jadikan dia sebagai yang halal untukmu. Aku berdoa.
Untuk menerimamu kembali, untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku mencintai Allah.
Aku takut sangat-sangat. Ketakutan ini aku tidak pernah rasa pada suatu masa dulu.

 Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hati kau untuk bertaubat dan kembali mengerjakan perintah Allah. Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku, menyerahkan dirinya di lembah neraka.

Salam sayang,
(Ummu Tasnim)