Tuesday, 7 February 2012

ASSALAMUALAIKUM ...

Sebenarnya hari ini ummu seronok sgt sbb da lama cari resepi ni..akhirnya jumpa jugak.terima kasih mai..=)
Ummu teringin sgt nk buat apam ni,sbb sedap & cute2 je..huhu..pnh mkn skaly dkt skolah dulu,mak anis yg buat kowt klw x silap.. 
Sekarang ummu pula nk try buat..kih3..x pernah lg buat apam yg cute2 mcm ni.ummu just nk share mcm mana nk buat apam cute ni..insyaAllah,esok,atau lusa, Ummu nk try buat la..hihi ..

aaa..cantik kan ??comey2 je<3<3

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
P/S !!!!
  • ni pun penting.sebelum masukkan apam ke dalam cup..make sure kacau sekali lagi last baru masukkan dalam cup..pastu kalau balut alat kukusan dengan kain utk make sure xde air yg masuk apam..ni utk elak drp apam 2 ade rongga ..kih3
  • lepas dah agak2 sejuk tue terus je simpan apam tue dalam bekas kedap udara..utk pastikan apam tue lembut..xboleh terdedah sebab apam tue akan jadi keras.
nyum2 !!hoorraayyy !!x sabaq dah ni nk try..jom kita try sama2

Okayh !!sekarang resepinya sudah ada,cuma tinggal ummu nk buat ja kn ?hee..doakan ummu ya !.

No comments:

Post a Comment